Mujaheed Babykid Zone

Saturday, 6 July 2013

Bermulanya Mujaheed Babykid Zone

Assalamualaikum.

Sejak kami memulakan Mujaheed Babykid Zone ramai kawan-kawan yang bertanya, bagaimana boleh tercetusnya idea buat bisnes baju baby ni..

Kisahnya bermula dari minat ibu Mujaheed sendiri yang suka belikan barang2 Mujaheed secara online :) 

Set baju hijau Mujaheed pakai ni, baju online first Mujaheed. RM28 tak termasuk pos.

Masa tu ragu2 jg nk beli via online, sebab taktau kualiti brg n harga pasaran.. takut tertipu..

Jadi nak pastikan berbaloi ke tak kalau beli baju tu (dan beberapa brg lain spt prewalker shoe, busha and playwear GAP), ibu Mujaheed g la servey2 harga kat semua pasaraya and kedai baby yg ade kat Sungai Siput, Kuala Kangsar and Ipoh ni.. You just name it, insyaAllah i dh g wt lawatan;)

Hasil dari lawatan2 tersebut saye dapat simpulkan:

1) Barang2 yang ada di online tidak di jual di pasaraya
2) Barang2 yang ada di online di jual di kedai2 baby dan di stall2 (meja beratap) yg terdapat di dalam pasaraya2 besar
3) Untuk kualiti brg yang sama, harga di pasaraya adalah lebih mahal. Cth; baju Mujaheed tadi harga satu set dlm rm40
4) Untuk brg yg sama pula, harga online lebih murah berbanding di kedai baby and di stall2.
5) Kalau sy betul2 nak tau in reality brg2 tu cemane, sy akan ke kedai baby or stall baby. Tapi saya akan beli brg tersebut secara online kerana ianya jauh lebih murah walaupn dah termasuk kos pos.

Jadi, mengapa kami suami isteri buat bisnes ini?
kami nak membantu ibu bapa di luar sana membeli keperluan anak-anak dengan harga yang amat2 berpatutan :)


No comments: